30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Pemilik akaun Facebook Lokman Adam dituduh fitnah Ismail Sabri

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung fitnah yang didakwa ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Lokman Adam.

Laporan tersebut dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad di Balai Polis Jalan Dang Wangi di sini, hari ini.

Menurut Syed Mohd Fazmi, beliau diarahkan untuk membuat laporan berkaitan dengan rakaman video yang ditelitinya ketika berada di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira pukul 11 pagi semalam.

“Setelah meneliti, isi kandungan video tersebut saya dapati dengan jelas pemilik akaun Facebook bernama Lokman Adam ini telah membuat fitnah dan hasutan kepada Ismail Sabri yang merupakan Menteri Kanan Pertahanan dan juga Naib Presiden UMNO bermula minit 3.00 sehingga akhir video.

Advertisements

“Saya diberitahu oleh lsmail Sabri bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang pernyataan-pernyataan yang dihuraikan pada perenggan berikut,” katanya.

Beliau menambah, pemilik akaun Facebook tersebut menuduh Ismail Sabri cuba meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk menjadi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya tidak dipilih menjadi calon parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Syed Mohd Fazmi mendakwa, pelbagai tuduhan dan cacian dilemparkan oleh pemilik akaun Facebook Lokman Adam terhadap Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera.

Beliau memohon agar pihak berkuasa menyiasat pemilik akaun Facebook Lokman Adam di bawah undang-undang berkaitan kerana didakwa menjejaskan imej Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO dan Menteri Kanan Pertahanan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan