Thursday, July 9, 2026

Digantung keahlian Bersatu, Rosol tidak akan merayu

Beliau menerima surat penggantungan keahlian parti itu daripada Pengerusi Lembaga Displin bertarikh 29 April yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

Mesti Baca

AHLI Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang digantung keahliannya oleh Bersatu selama dua penggal tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Malah beliau menegaskan, apa yang disuarakan adalah pandangan bahawa semangat Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang menjadi asas perjuangan parti dilihat semakin terhakis dalam beberapa keadaan.

“Lembaga Disiplin pula pada pandangan saya memerlukan penambahbaikan daripada segi ketelusan serta pemisahan fungsi siasatan, pendakwaan dan keputusan agar lebih selari dengan prinsip keadilan parti.

“Ini berikutan Lembaga Disiplin dilihat semakin hilang kredibiliti kerana entiti yang sama menyiasat, membuat tuduhan, mendakwa dan menjatuhkan hukuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rosol merupakan antara lima Ahli Parlimen Bersatu yang digantung keahlian minggu lalu kerana melanggar disiplin parti.

Turut digantung, Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh), Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Manakala Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dilapor turut digantung keahlian parti untuk tempoh dua penggal.

Rosol berkata, beliau menerima surat penggantungan keahlian parti itu daripada Pengerusi Lembaga Displin bertarikh 29 April yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

Bagaimanapun beliau mengakui Bersatu telah banyak memberi peluang dan sumbangan dalam perjalanan politiknya.

Walau bagaimanapun, katanya, kebelakangan ini beliau melihat terdapat beberapa perkembangan dan tindakan dalam parti yang kurang selari dengan asas perjuangan serta tidak konsisten dalam pelaksanaannya. — Edisi 9

Terkini

Pop Meals sasar buka 100 outlet menjelang akhir tahun

JENAMA makanan tempatan yang sedang berkembang pesat, Pop Meals mensasarkan untuk memiliki 100 outlet di seluruh negara menjelang akhir...

Lagi Artikel Berkaitan