Monday, June 29, 2026

Pengundi Pas diseru tidak beri undi kepada calon PH

Mesti Baca

SEMUA pengundi Pas diseru tidak memberikan undi kepada calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung 11 Julai depan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ini termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan antara PH dan Barisan Nasional (BN).

Abdul Hadi berkata, keputusan itu selaras dengan ketetapan parti dalam Mesyuarat Khas Pas Pusat hari ini, yang akan mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di negeri Johor.

Pada masa yang sama Pas akan menggerakkan seluruh jentera parti itu di 11 kerusi yang ditandingi.

“(Pas akan) Menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan “Jom Jaga Johor”,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, Pas juga akan menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

Dalam PRN Johor, Pas akan bertanding di 11 kerusi atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Turut bertanding atas tiket PN ialah Bersatu sebanyak 16 kerusi, MIPP empat kerusi dan Pejuang satu kerusi.

Jumlah keseluruhan kerusi DUN Johor ialah sebanyak 56 kerusi. — Edisi 9

Terkini

Hampir 7,000 kelengkapan komunikasi bernilai RM2.06 juta dirampas

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merampas sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui bernilai RM2.06 juta...

Lagi Artikel Berkaitan