PELAKON dan selebriti senior ternama, Azhar Sulaiman menengaskan dia tidak akan menjadi orang politik biarpun mati dan hidup semula.
Azhar berkata, dia gembira dan bersyukur dengan kehidupannya hari ini.
Pada masa yang sama, katanya, dia tidak pernah cemburu dengan rakan-rakan artis lain yang sudah berjaya dalam politik.
“Kalau Behar (panggilan dirinya) mati dan hidup semula pun Behar ‘toksei’ (tak mahu) kerja as a politician (sebagai orang politik).
“Behar tak pernah cemburu dengan artis-artis lain yang sudah berjaya dalam dunia politik.
“I’m happy (saya gembira) dan bersyukur dengan my life now (kehidupan saya sekarang),” katanya.
Azhar, 54, dikatakan pernah menyertai UMNO sebelum meninggalkan parti itu pada 2023.
Dia mengulas beberapa rakan artis dan selebriti yang menceburi bidang politik dan ada di antara mereka sudah bergelar wakil rakyat.
Antara mereka ialah Datuk Fahmi Fadzil yang kini menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Menteri Komunikasi, Altimet (ADUN Lembah Jaya) dan Dira Abu Zahar (ADUN Rim).
Turut aktif dalam politik di peringkat parti pada masa kini ialah Datuk Afdlin Shauki (PKR), Datuk Hans Issacs (PKR) dan Anne Ngasri (UMNO).
Sebelum ini, Datuk Aishah dan Dayangku Intan antara artis yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) namun gagal mencapai kemenangan.
Aishah bertanding atas tiket Pas pada PRU Ke-13 di kerusi Parlimen Jempol manakala Dayangku Intan bertanding atas tiket PKR di Parlimen Pengerang pada PRU yang sama. — Edisi 9

