Monday, June 29, 2026

Jangan takut dengan PM, lawan arahan siasatan politik – Puad

Mesti Baca

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman mesti lebih tegas dan berani, serta tidak gentar dengan seorang Perdana Menteri.

Malahan menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Abdul Halim yang menggantikan Tan Sri Azam Baki itu perlu ada pemikiran bahawa beliau sedia memegang jawatan itu dalam tempoh singkat jika terpaksa.

“Jangan peduli kepada retorik pemimpin di atas. Lawan arahan siasatan politik, siasatan terpilih apatah lagi siasatan dendam. 

“Abdul Halim mesti ada mind setting iaitu kalau terpaksa jadi Ketua Pesuruhjaya setahun tak apalah. 

“Jangan takut kepada seseorang Perdana Menteri. Dakwa tanpa perlu tunggu blessing (restu). Boleh buat begitu? Kalau rasa tidak mampu lebih baik berundur awal,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Halim yang berjanji akan memastikan SPRM bertindak dengan ketegasan lebih mutlak, adil saksama tanpa kompromi terhadap perasuah dan yang menyalahgunakan kuasa.

Mohd Puad turut menggesa Abdul Halim melakukan pembersihan dalaman dan tidak membiarkan “mafia” membiat di dalam suruhanjaya itu.

“Sama ada mafia korporat atau musuh dalam selimut. Siapa sangka dalam SPRM ada pencuri. Duit rampasan dicuri dan diganti dengan duit palsu,” katanya.

Beliau turut menasihati Abdul Halim agar menahan nafsu dan hanya membeli saham setelah sudah bersara, dan bukannya ketika masih menerajui SPRM.

“Rakyat tetap akan tuduh duit beli saham itu adalah duit sponsor (peanajaan). Akhirnya jangan sempitkan makna rasuah seperti yang (Datuk) Rafizi (Ramli – mantan Menteri Ekonomi) cuba lakukan,” katanya.

Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi memulakan tugas secara rasmi bermula semalam.

Beliau menggantikan Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM. — Edisi 9

Terkini

Pengundi Pas diseru tidak beri undi kepada calon PH

SEMUA pengundi Pas diseru tidak memberikan undi kepada calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang...

Lagi Artikel Berkaitan