Monday, July 20, 2026

Tatu tinggal sejarah, kini fokus jaga akidah – Adam Corrie

Minatnya terhadap tatu bermula bukan kerana tekanan hidup atau pengaruh negatif, sebaliknya sekadar kecenderungan peribadi yang dianggap menarik pada ketika itu.

Mesti Baca

PELAKON Adam Corrie berkongsi kisah penghijrahan dirinya yang pernah melalui fasa kehidupan bertatu sebelum mengenali Islam.

Menurut pemilik nama Adam Corrie Lee Abdullah, minatnya terhadap tatu bermula bukan kerana tekanan hidup atau pengaruh negatif, sebaliknya sekadar kecenderungan peribadi yang dianggap menarik pada ketika itu.

“Bermula dengan kecil, nampak cantik dan menarik. Tetapi lama-kelamaan, rasa tidak cukup dan mahu tambah lagi,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Bagaimanapun, beliau mengakui perjalanan tersebut berubah apabila hatinya mula ‘dijentik’ tanpa sebab yang jelas sehingga mengambil keputusan untuk berhenti.

“Bukan sebab orang larang atau dipaksa, tetapi hati sendiri rasa cukup,” ujarnya.

Tambahnya, beberapa tahun kemudian menjadi titik penting apabila beliau mengenali dan memahami Islam dengan lebih mendalam, sekali gus menyedari perkara yang pernah dianggap indah itu sebenarnya bukan jalan yang diredai Allah.

Hari ini, Adam Corrie menegaskan tatu yang ada hanyalah sebahagian daripada sejarah silam dan bukan sesuatu untuk dibanggakan, apatah lagi diulangi.

“Tatu itu sekadar sejarah. Yang penting sekarang adalah menjaga akidah, memperbaiki diri dan berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menzahirkan rasa syukur atas hidayah yang diterima, sambil mengingatkan bahawa petunjuk adalah milik Allah dan tidak mampu dihalang sesiapa apabila tiba waktunya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-rata tersentuh dengan kejujuran serta perjalanan hidup pelakon itu dalam mendekati agama.

Untuk rekod Adam Corrie yang memeluk Islam pada Julai 2007 ketika berusia 38 tahun. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan