Monday, July 20, 2026

Pelakon hilang di Jeddah rupanya sudah meninggal dunia

Arwah meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di lapangan terbang Jeddah.

Mesti Baca

SEORANG pelakon wanita ini berhasrat untuk bercuti ke London, England bersama 21 peserta lain pada 14 Januari lalu, namun sejurus tiba di Jeddah, Arab Saudi, kelibatnya tidak kelihatan.

Agensi pelancongan yang menguruskan perjalanannya gagal menjejaki wanita ini sehinggakan suaminya mendapatkan bantuan pihak Kementerian Luar, kedutaan dan pihak berkuasa tempatan untuk mencarinya, namun gagal.

Hari ini, setelah beberapa hari usaha pencarian dilakukan oleh pelbagai pihak, akhirnya pelakon tersebut, Nadia Kesuma ditemukan di sebuah hospital di Jeddah. 

Lebih malang, ketika ditemui dia hanya tinggal jasad kerana disahkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung sejak Khamis lalu.

Berita kematian pelakon dengan nama sebenar, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, kali pertama dikongsikan oleh anaknya menerusi platform Threads kira-kira 11.30 malam tadi.

“Arwah meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di lapangan terbang Jeddah.

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehingga malam ini (malam tadi) pada jam 11.30 malam.

“Berita tersebut disampaikan oleh travel agency (agensi pelancongan) itu sendiri,” katanya.

Allahyarham Nadia dilapor gagal dikesan selepas penerbangannya ke London, United Kingdom (UK) dari Kuala Lumpur transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan Nadia yang dilapor hilang di Arab Saudi sebelum ini, dikesan sudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah.

Sebelum ini, suaminya Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah dilapor merayu kerajaan menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya.

Allahyarham pernah membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta. — Edisi 9 

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan