Tuesday, June 16, 2026

Kandungan hina institusi kehakiman, lelaki didenda RM30,000

Lelaki terbabit dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan terbabit menerusi Facebook pada 22 Disember 2025.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

GARA-GARA memuat naik kandungan jelik melampau serta menghina institusi kehakiman dalam media sosial, seorang lelaki didenda sebanyak RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Keningau, Sabah hari ini.

Lelaki terbabit dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan terbabit menerusi Facebook pada 22 Disember 2025.

Tertuduh, Mohamad Azri Sahlam, 41, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana menggunakan perkhidmatan aplikasi (iaitu akaun Facebook) secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik melampau sifatnya.

Tertuduh telah membayar denda berkenaan.

Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 233(2) Akta 588, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pihaknya memandang serius penyebaran kandungan jelik melampau berunsur 3R (agama, raja dan bangsa).

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja menjejaskan kedaulatan undang-undang serta kebebasan institusi kehakiman, malah berpotensi menggugat ketenteraman dan keharmonian awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu orang ramai diingatkan agar menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab bagi memastikan ruang siber kekal selamat serta bebas daripada penyalahgunaan yang boleh mencetuskan keresahan dan ketegangan masyarakat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan