30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kempen Teh Tarik CuepacsPA beri peluang peserta CuepacsCare miliki perlindungan tambahan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pengendali Program Takaful CuepacsCare, Medicare Assistance Sdn Bhd melancarkan Kempen Teh Tarik CuepacsPA bagi membolehkan penjawat awam yang menyertai Program Takaful CuepacsCare memiliki perlindungan tambahan Takaful Kemalangan Diri CuepacsPA dengan proses yang lebih mudah dan pantas.

CuepacsPA memberikan perlindungan hibah kemalangan sehingga RM220,000 dengan hanya bayaran bulanan sebanyak RM6 untuk Pelan A, manakala hibah sehingga RM440,000 akan diberikan untuk Pelan B dengan caruman sebanyak RM12 sebulan.

Melalui kempen tersebut, penjawat awam yang telah menjadi peserta CuepacsCare boleh menyertai CuepacsPA dengan hanya sekeping borang permohonan ringkas tanpa perlu mengemukakan borang potongan gaji Biro Angkasa dan pengesahan daripada majikan.

Lebih istimewa, penjawat awam akan terus diberikan perlindungan CuepacsPA serta merta secara percuma selama dua bulan pada hari berikutnya selepas borang permohonan diterima.

Tempoh promosi kempen ini hanya sah dari1 Jun hingga 15 Oktober 2021.

Peserta CuepacsCare hanya perlu melengkapkan borang permohonan dan sertakan slip gaji. Ambil gambar atau scan dokumen tersebut dengan jelas, kemudian hantarkan semula kepada Medicare melalui WhatsApp di talian 012-5866358 atau email ([email protected]).

Tujuan kempen ini dianjurkan adalah selaras dengan hasrat CUEPACS untuk memastikan setiap penjawat awam memiliki perlindungan takaful sebagai persediaan menghadapi sebarang musibah dengan kadar sumbangan yang mampu dimiliki.

CuepacsPA memberikan perlindungan hibah sekiranya peserta ditimpa kemalangan sehingga mengakibatkan kematian, kecacatan anggota badan kekal atau separa, kelumpuhan dan kecederaan.

Perlindungan yang diberikan CuepacsPA juga bukan hanya kemalangan di jalan raya sahaja tetapi melibatkan lain-lain kemalangan seperti lemas, panahan petir, pembunuhan, serangan atau ragut, kehilangan dan pendedahan radiasi.

Maklumat lanjut mengenai Kempen Teh Tarik CuepacsPA ini boleh layari laman web www.cuepacspa.my/kempen_teh_tarik. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan