30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PPV Stadium Bukit Jalil mula dibuka, tampung 10,000 dos sehari

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil mula beroperasi hari ini bakal menampung sehingga 10,000 dos sehari.

PPV terbesar ini akan menumpukan kepada golongan bawah 40 tahun di Lembah Klang dan didirikan di sepanjang trek balapan stadium utama negara itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, memandangkan PPV itu terletak di kawasan separa terbuka, penerima vaksin dinasihatkan agar membawa payung dan kipas mini.

Selain itu, mereka juga diminta memakai kasut yang selesa dan membawa bersama kad pengenalan diri, telefon bimbit bagi pengguna MySejahtera, pen serta senarai ubat jika ada mengambil sebarang ubat sebelum ini.

“Bagi mengelak kesesakan, orang ramai dinasihat meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang betul iaitu Tempat Letak Kereta B bagi HCO A dan C, serta Tempat Letak Kereta C bagi HCO B dan C,” kata KKM menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, seluruh trek balapan stadium tersebut telah bertukar wajah menjadi ruang untuk pemberian vaksin Covid-19.

Beliau berkata, ia sebahagian daripada usaha kementeriannya menjayakan inisiatif Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui penggunaan fasiliti secara optimum.

“Insya-ALLAH, dengan ikhtiar ini kita akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan lebih cepat lagi,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook pada Jumaat.

KKM berkata, untuk mereka yang datang menggunakan LRT, mereka diminta melalui Pintu A sementara kenderaan yang menurunkan penumpang diminta menggunakan Pintu E.

“Drop-off untuk OKU adalah di Zon Letak Kereta OKU, perkhidmatan kenderaan buggy juga ada disediakan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan