25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tempat kerja masih lagi kluster tertinggi COVID-19

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 11 daripada 19 kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia hari ini berpunca dari tempat kerja.

Merujuk kepada statistik yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini, kluster tempat kerja terbabit adalah Industri Lebuh Satu, Industri Solok Waja Satu, Industri Meranti Dua, Tapak Bina Perindustrian Olak Lempit dan Tapak Bina Persiaran Hamidiah di Selangor.

Kluster-kluster tempat kerja yang lain adalah Tapak Bina Jalan Seri Tanjung Pinang di Pulau Pinang, Jalan Bundusan di Sabah, Indera Mahkota 16 dan Lorong Empat Jerantut di Pahang, Kampung Kubang Panjang di Kelantan dan Industri Lukut Tiga di Negeri Sembilan.

Lima kluster komuniti yang dikesan adalah Kampung Tok Kamis dan Kampung Pulau Panjang di Kelantan, Lorong Perlis Empat di Sarawak, Beladau Selat di Terengganu dan Kampung Nelayan Tengah di Sabah.

Dua lagi kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Jalan Kemboja Tujuh di Negeri Sembilan dan Iris Garden di Sarawak.

Hanya satu kluster baharu melibatkan pusat tahanan iaitu Tembok Sungai Udang 2 di Melaka.

Secara keseluruhan, sebanyak 2,623 kluster COVID-19 telah dikesan di mana 1,789 kluster telah tamat manakala 834 kluster masih aktif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, seramai 60 pesakit COVID-19 meninggal dunia hari ini melibatkan 20 kes di Selangor diikuti 12 kes di Johor, 11 kes di Negeri Sembilan, masing-masing empat kes di Kuala Lumpur dan Labuan, masing-masing dua kes di Sabah, Perak, dan Sarawak, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Pahang.

Sebanyak 5,923 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 696,408 kes.

Terdapat tujuh kes import yang terdiri daripada tiga rakyat tempatan dan empat warga asing.

Bagi kes tempatan pula, terdapat sebanyak 5,286 kes yang terdiri daripada 3,894 rakyat tempatan dan 1,392 warga asing.

Sebanyak 63,815 kes masih aktif manakala seramai 880 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 454 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 5,941 pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh hari ini, menjadi jumlah terkumpul sebanyak 628,185 orang. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan