Monday, June 8, 2026

Azor Industries perkasa perdagangan sosial melalui AR dan AI

Teknologi AR kini bukan lagi sekadar konsep masa hadapan, sebaliknya telah menjadi alat praktikal yang mampu mempertingkatkan pengalaman pengguna dalam persekitaran digital.

Mesti Baca

AZOR Industries Sdn Bhd terus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap perdagangan digital negara apabila memperkenalkan inovasi baharu berteraskan teknologi augmented reality (AR) menerusi platform SAYAJUAL.IO.

Penambahbaikan ini membolehkan peniaga serta penjual mempamerkan produk secara maya dalam bentuk lebih imersif dan interaktif, sekali gus menangani cabaran utama jualan dalam talian iaitu visualisasi produk. 

Melalui penggunaan AR, pelanggan kini dapat melihat produk dalam konteks lebih realistik tanpa keperluan kepada sampel fizikal, sekali gus meningkatkan keyakinan dan kecenderungan untuk membuat pembelian.

Antara jenama tempatan yang telah mula memanfaatkan keupayaan ini ialah Bulan Bintang, yang menggunakan teknologi tersebut bagi memperkukuh pengalaman pelanggan serta memperluas capaian jualan digital mereka.

Ketua Pegawai Teknologi Azor Industries, Abdul Hafidz Johari berkata, teknologi AR kini bukan lagi sekadar konsep masa hadapan, sebaliknya telah menjadi alat praktikal yang mampu mempertingkatkan pengalaman pengguna dalam persekitaran digital.

“Fokus kami adalah untuk memastikan teknologi ini mudah diakses dan digunakan oleh perniagaan harian, bukan hanya syarikat besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azor Industries turut melancarkan SAYAJUAL.AI, satu penyelesaian automasi yang membolehkan pengguna membina kedai dalam talian dan landing page secara pantas.

Inovasi tersebut dilihat mampu mempercepatkan kemasukan usahawan baharu ke dalam ekosistem digital serta meningkatkan kadar penukaran jualan melalui kempen pemasaran yang lebih tersusun.

Selain itu, platform SAYALIVE.IO pula terus memainkan peranan penting dalam menyokong penganjuran acara melalui sistem tiket digital dan pengurusan acara yang lebih efisien.

Dengan gabungan teknologi perdagangan sosial, AR serta automasi berasaskan kecerdasan buatan (AI), Azor Industries kini berada pada landasan kukuh sebagai antara pemacu utama transformasi keusahawanan digital di Malaysia dan rantau ini. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan