25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Pelarasan gaji penjawat awam legakan golongan belia – MBM

Mesti Baca

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyambut pelarasan gaji penjawat awam dengan kenaikan 15 peratus bagi kumpulan pelaksana dan 7 peratus untuk kumpulan pengurusan tertinggi seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid berkata, pelaksanaan yang dilaksanakan mengikut fasa itu pastinya amat dinanti-nantikan
berikutan tiada kenaikan gaji bagi 1.6 juta penjawat awam sejak 12 tahun lalu.

Beliau berkata, MBM beranggapan kenaikan gaji tersebut wajar dilaksanakan kerana penjawat awam berdepan dengan cabaran kos sara hidup yang tinggi.

Katanya, ini terutama dalam kalangan belia yang baru mahu memulakan hidup, yang tinggal di bandar besar dan mempunyai anak yang ramai.
“Kenaikan yang diumumkan ini jelas menunjukkan kerajaan yang dipimpin
Anwar Ibrahim amat menitikberatkan kebajikan penjawat awam terutamanya kumpulan pelaksana.

“Selepas inisiatif ini dilaksanakan, diharapkan penjawat awam akan
dapat meningkatkan kesejahteraan hidup sekaligus dapat menghasilkan mutu kerja yang lebih berkualiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements
MOHD IZZAT AFIFI ABD HAMID

Pada masa yang sama, Mohd Izzat Afifi berkata, MBM juga berharap agar kerajaan dapat meningkatkan jumlah belia dalam kalangan penjawat awam.
Katanya, laporan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menunjukkan kebanyakan kementerian termasuk kerajaan negeri mempunyai jumlah penjawat awam berumur bawah 30 tahun kurang dari 10 peratus.

“Diharapkan juga agar kerajaan sentiasa peka dan prihatin dengan setiap keluhan penjawat awam yang berkhidmat untuk memastikan negara sentiasa berada di hadapan,”katanya.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus untuk pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pemberian pelarasan gaji itu akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan