25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Warga asing bawah umur dijadikan buruh paksa diselamatkan

Mesti Baca

SEORANG lelaki warga asing bawah umur disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi di dua premis restoran di Shah Alam, Selangor semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, operasi dijalankan pukul 10.30 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA, Ibu Pejabat Imgresen Putrajaya. 

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber aduan, terdapat sejumlah warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah diambil bekerja dan disyaki terdapat elemen pemerdagangan orang. 

“Operasi yang dijalankan turut menahan 14 warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warganegara Myanmar, tiga lelaki dan tiga wanita warganegara Indonesia serta tiga lelaki warganegara India. 

“Semasa operasi dijalankan seorang pekerja yang menyedari kehadiran pegawai JIM bertindak melarikan diri, namun berjaya diberkas semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Jafri berkata, hasil pemeriksaan pihaknya telah menahan dua majikan warga tempatan dan empat saman saksi telah dikeluarkan kepada individu yang dikenal pasti untuk membantu siasatan. 

Beliau berkata, JIM telah memulakan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) iaitu memperdagangkan orang yang merupakan kanak-kanak bagi maksud eksploitasi.

“JIM sentiasa memandang serius perkara seumpama ini dan akan meneruskan operasi penguatkuasaan serta mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan pemerdagangan orang di bawah ATIPSOM 2007 (AKTA 670). 

“Sabit kesalahan individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjaraseumur hidup atau dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun,dan boleh dihatuhi hukuman sebat bagi kesalahan pemerdagangan orang yang lebih berat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan