26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sindiket Bitcoin tumpas, dua warga asing ditahan

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket aktiviti
perlombongan wang digital (Bitcoin ) didalangi oleh warganegara China dalam satu Operasi Khas di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi itu bermula pukul 10 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Menurut berkata, operasi tersebut dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan pihaknya selama satu bulan.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke premis lot perniagaan dan telah berjaya menahan dua lelaki warganegara China berusia 28 dan 33 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis dan juruteknik membaik pulih mesin Bitcoin.

“Semasa serbuan dijalankan, kedua-dua warganegara asing tersebut gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. Dokumen perjalanan asal dipercayai disimpan oleh pihak ejen,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, dalam operasi tersebut pihaknya telah merampas wang tunai berjumlah RM12,600, 30 unit mesin Bitcoin, dua unit mesin cooler Bitcoin, dua unit komputer, satu komputer riba dan dua set peralatan Testing.

Advertisements

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan menjalankan aktiviti perlombongan Bicoin secara haram dengan menggunakan papan tanda perniagaan tinted kenderaan bagi mengelak aktiviti tersebut dihidu oleh pihak berkuasa.

“Sasaran sindiket ini adalah kepada warganegara China dan penduduk tempatan. Sindiket ini juga menyediakan perkhidmatan membaiki dan servis mesin Bitcoin untuk pasaran tempatan,” katanya.

Jelas beliau, bayarab bagi perkhidmatan servis tersebut dianggarkan antara RM100 hingga RM200 bagi setiap mesin.

Sindiket tersebut, katanya, telah beroperasi sejak enam bulan lalu dan mampu menjana pendapatan sekitar RM100,000 sebulan.

“Kedua-dua warganegara asing yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan