30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Mat Bangla dalang utama sindiket Rekalibrasi diberkas

Mesti Baca

SEORANG warga Bangladesh yang dipercayai dalang utama sindiket Program Rekalibrasi 2.0 (RTK 2.0) diberkas dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Petaling Jaya, kelmarin.

Semasa ditahan kira-kira 10 malam, suspek berusia 31 tahun itu tidak mempunyai pas yang sah di negara ini, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata, pasukan operasi telah merampas wang tunai sebanyak RM2,000; 188 pasport Bangladesh, lima pasport Indonesia, masing-masing empat naskhah pasport India, Pakistan dan Nepal, senaskhah pasport Thailand serta pelbagai borang permohonan Program RTK 2.0 dan sebuah komputer riba.

“Modus operandi sindiket adalah mensasarkan warganegara dari negara sumber seperti Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia, Nepal dan Thailand yang mempunyai masalah di Malaysia seperti tiada dokumen pengenalan diri dan visa.

“Suspek akan mencari dan menghampiri mereka yang bermasalah ini dan kemudiannya menawarkan perkhidmatan yang disediakan seperti urusan permohonan Program RTK 2.0 di Pejabat Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisements

Ruslin berkata, sindiket itu akan mendaftarkan syarikat bersama warganegara Malaysia bagi mengaut keuntungan dengan memanipulasi Progam RTK 2.0.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi selama setahun dan mengenakan bayaran sekitar RM7,000 bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Jelas beliau, warganegara asing tersebut ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Mereka ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut manakala seorang perempuan warganegara Malaysia diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan