30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

JIM nafi keluarkan kelulusan khas Program RTK 2.0

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menafikan mengeluarkan kelulusan khas bagi pemohon Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) yang menjadi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini selepas tarikh 31 Disember 2022.

Ia sekaligus menepis dakwaan didalam sebuah rakaman suara yang tular melalui mesej di applikasi WhatsApp berkenaan perkara tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, rakaman suara yang tular berkenaan mendakwa terdapat kelulusan khas akan diberikan hanya kepada 5,000 pemohon yang memasuki negara ini pada tahun 2023.

“Jabatan ini sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan memohon supaya orang ramai tidak terpedaya dengan taktik penipuan ejen atau orang tengah seumpama ini,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Beliau menegaskan, JIM tidak akan melaksanakan perkara ini kerana ianya melanggar dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan semasa pelancaran program RTK 2.0 pada 27 Januari 2023.

Katanya, dasar adalah jelas bahawa hanya warga asing yang menjadi PATI di negara ini sehingga 31 Disember 2022 sahaja yang layak dan akan dipertimbangkan kelulusan RTK 2.0.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan Jabatan ini,”katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan