32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Edar 51kg ganja, suami isteri didakwa

Mesti Baca

GARA-GARA mengedar ganja seberat lebih 51 kilogram bulan lalu, sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah hari ini atas dua pertuduhan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kalaiarasi Muniandy.

Mengikut pertuduhan pertama, Saiful Syamil Idris, 32 dan Nurul Wahida Mohd Adnan, 32, didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 768 gram di Lorong Astana, Bandar Sri Astana pada jam 12.30 tengah malam, 28 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu dituduh secara bersama mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 50,866 gram di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Advertisements

Jika sabit kesalahan, Saiful Syamil yang bekerja sebagai pemandu jentera di sebuah kilang di Kulim dan Nurul Wahida yang juga suri rumah boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Preeya Singaravelu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kalaiarasi menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Sebelum ini media melaporkan kegiatan sepasang suami isteri dipercayai menjadi ‘transporter’ untuk mengedar dadah jenis ganja bernilai RM160,000 sejak April lalu, terbongkar selepas ditahan polis di rumah mereka di Bandar Seri Astana.

Pasangan berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika sedang berehat di rumah mereka selepas pulang daripada mengambil bekalan dadah di sempadan melalui Kelantan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan