34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Mohd Zaid dilantik Ketua Eksekutif CIDB

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Eksekutif I, Sr Mohd Zaid Zakaria sebagai Ketua Eksekutifnya yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Ir Ahmad ‘Asri yang telah menamatkan perkhidmatan kontrak pada 30 Ogos lalu setelah berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam.

CIDB menerusi kenyataan berkata, Mohd Zaid telah berkhidmat selama 22 tahun di dalam organisasi tersebut dengan mengetuai Sektor Pembangunan Teknologi, Sektor Kontraktor & Levi, Sektor Penguatkuasaan dan pernah menjadi Pengarah Negeri CIDB Selangor.

“Beliau telah berkhidmat dengan kerajaan dan terlibat dalam industri pembinaan selama lebih daripada 34 tahun, termasuk sebagai Juruukur Bahan di Jabatan Kerja Raya selama 14 tahun.

“Selain terlibat dalam merangka dasar dan hala tuju yang bersesuaian untuk CIDB dalam menerajui industri pembinaan negara, beliau juga aktif memberikan sumbangan kepada badan professional seperti Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) dan The Royal Insititution of Suveryors Malaysia (RISM),”menurut kenyataan itu.

Mohd Zaid merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Awam (Kejuruteraan Pembinaan dan Pengurusan Projek) dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ukur Bahan dari Liverpool Polytechnic, United Kingdom. – Edisi 9

Terkini

Kalau tak faham keperitan rakyat baik diam – Dr. Akmal

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh membidas kembali kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian...

Lagi Artikel Berkaitan