27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Sindiket seludup PATI tumpas, lapan ‘Mat Bangla’ ditahan

Mesti Baca

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan ‘transporter’ Bangladesh dalam satu Operasi Khas di sebuah premis kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi bermula pukul 7.02 malam itu melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pasukan operasi telah diatur gerak ke premis kediaman dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek secara mencurigakan di lot parkir premis tersebut.

“Suspek yang memandu kenderaan tersebut mula memecut setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas.

“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi telah menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang disyaki sebagai ‘transporter’ berusia lingkungan 33 tahun bersama dua orang PATI lelaki warganegara Bangladesh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, hasil siasatan awal, pasukan operasi telah memeriksa premis kediaman dan menahan lima orang PATI lelaki warganegara Bangladesh.

Warga Bangaldesh yang menjadi ‘transporter’ bagi mengangkut PATI dari sempadan Thailand ke Kuala Lumpur turut ditahan. – Foto: JIM

Katanya, kesemua warganegara asing yang ditahan berusia lingkungan 21 higga 38 tahun.

Kesemua warganegara asing yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.

Advertisements

Ruslin berkata, pasukan operasi telah merampas 10 naskhah pasport Bangladesh, tiga unit telefon bimbit, wang tunai sebanyak RM500.00 dan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai untuk mengangkut PATI.

“Modus operandi sindiket adalah dengan membawa PATI terutamanya warganegara Bangladesh yang ingin mencari peluang pekerjaan secara haram di negara ini dengan menaiki pesawat dari Bangladesh ke Vietnam dan dari Vietnam, PATI akan dibawa menaiki kereta ke Thailand,” katanya.

Seterusnya, jelas beliau, PATI dibawa menaiki bot dari Thailand untuk ke Kelantan dan ‘transporter’ warga tempatan akan membawa PATI ke premis kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dengan menaiki kereta.

Sebahagian tujuh PATI warga Bangladesh yang ditahan. – Foto: JIM

Katanya, PATI akan dihantar ke lokasi yang dipilih sendiri setelah selesai membuat bayaran kepada ejen warganegara Bangladesh yang berada di Malaysia.

Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati, sindiket mengenakan bayaran sebanyak RM13,000 hingga RM21,000 bagi setiap seorang PATI dan telah beroperasi selama dua bulan.

‘Transporter’ ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala warganegara asing yang lain ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Kesemua PATI ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan