Wednesday, July 22, 2026

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara melalui Pintu 3 ditahan

Dalam kereta Perodua Kembara yang dinaiki terdapat sebilah parang.

Mesti Baca

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan, kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun.

Menurut Rusdi, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.40 petang apabila sebuah kereta jenis Perodua Kembara telah ditahan selepas cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek telah menjumpai sebilah parang.

“Susulan pemeriksaan itu, polis telah bertindak menahan dua lelaki tersebut dengan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati negatif dadah.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Rusdi memberitahu, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

Pada masa sama, beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi talian Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Awal pagi semalam, negara digemparkan dengan kejadian serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram oleh seorang lelaki bertopeng dan berparang.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu dua anggota akibat ditetak dan ditembak terkorban akibat ditetak dan ditembak dengan pistol yang dirampas suspek daripada anggota.

Manakala suspek sendiri, seorang lelaki tempatan mati ditembak.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan