28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

Mesti Baca

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah membuat persiapan rapi sebelum bertempur dengan anggotanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemeriksaan ke atas suspek mendapati terdapat sebuah beg yang digunakan sebagai perisai telah diubah suai dengan zink dan kain.

Beliau berkata, suspek dipercayai datang ke balai polis untuk merampas senjata api bagi agenda tertentu.

“Siasatan awal mendapati bapa kepada suspek yang ditembak mati itu merupakan anggota Jemaah Islamiyah (JI).

“Polis telah menyerbu rumah suspek dan menjumpai banyak barangan dipercayai berkaitan Jemaah Islamiyah,” katanya dalam satu sidang media, lapor UtusanTV hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati susppek tidaak mempunyai rekod jenayah.

Razarudin berkata, pihaknya telah mengenal pasti lebih 20 ahli Jemaah Islamiyah di kawasan Johor.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan, dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) swasta merupakan antara tujuh individu yang disyaki terlibat dalam serangan berdarah tersebut.

Razarudin berkata, suspek yang ditahan itu adalah seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 22 serta 21 tahun yang membuat laporan polis semasa kejadian pada pukul 2.30 pagi.

“Mereka disyaki datang ke balai polis berkenaan untuk mendapatkan pandangan berhubung kejadian cabul yang berlaku dua tahun lalu kepada anggota polis di balai polis ini.

Advertisements

“Dua mereka ini dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan ini, kita tidak menolak kemungkinan mereka datang untuk mengalihkan perhatian anggota polis.

“Semasa mereka di dalam balai, suspek utama yang berusia 21 tahun masuk ke kawasan balai dengan menaiki motosikal terus ke bahagian belakang dan parkir motosikal.

“Anggota yang jaga balai pengawal di hadapan terus mendapatkan suspek sebelum suspek menetak anggota di bahagian leher sebanyak tiga kali,” katanya.

Razarudin berkata, lima lagi suspek ditahan adalah ahli keluarga suspek utama yang yang ditembak mati.

Katanya, mereka berusia antara 19 dan 62 tahun termasuk bapa suspek diberkas bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, dua anggota polis yang bertugas di balai tersebut gugur akibat ditembak dan ditetak oleh suspek yang bertopeng dan memakai pakaian serba hitam.

Mereka ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Ulu Tiram dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang bertugas di sebagai anggota prowler di balai sama.

Sementara itu seorang anggota polis berpangkat koperal iaitu Mohd. Hasif Roslan sebagai anggota Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Ulu Tiram cedera parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Manakala suspek pula berjaya ditembak mati. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan