Thursday, July 23, 2026

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

Mesti Baca

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi ini.

JohorFM melaporkan, turut maut dalam kejadian pukul 2.45 pagi itu seorang lelaki yang dipercayai suspek.

Manakala anggota yang cedera dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar yang berada di tempat kejadian mengesahkan perkara itu.

Sementara itu BH Online melaporkan, suspek seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Media itu yang memetik sumber berkata, suspek mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua laras senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang daripada mereka menyebabkan cedera di bahu serta perut.

Menurutnya, mangsa terbabit dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang ditetak di bahagian belakang leher dan kepala dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said ditembak di bahu dan perut.

Difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussein dalam perjalanan ke Ulu Tiram. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan