25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Agong zahir takziah kepada mangsa gempa bumi Maghribi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang maut dalam tragedi gempa bumi di Maghribi, Jumaat lalu.

Turut menzahirkan ucapah takziah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara menerusi catatan di Facebook berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ribuan nyawa dalam tragedi tersebut.

Ujarnya, Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh-roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya hari ini.

Advertisements

Dilaporkan sehingga kini seramai 2,862 orang telah terkorban, manakala 2,500 yang lain cedera.

Seri Paduka Baginda berdua dalam pada itu, turut menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Raja Mohammed VI, Kerajaan Maghribi dan rakyatnya atas musibah yang telah melanda dengan kehilangan nyawa ribuan rakyat dan kerosakan harta benda serta infrastruktur.

“Dalam tempoh kesedihan ini, Seri Paduka Baginda berdua dan Malaysia bersolidariti dengan rakyat Maghribi.

“Baginda berdua turut mendoakan agar mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan akibat tragedi itu dapat diselamatkan serta mereka yang tercedera dikurniakan kesembuhan segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan