33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Fatwa agama: Muhyiddin selesai beri keterangan

Mesti Baca

BEKAS Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu fatwa agama yang diucapkan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai minggu lalu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu diambil keterangan di pejabatnya di bangunan Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Malaysia (MIDA) di ibu negara hari ini.

Ia berkaitan ucapan beliau yang mengharamkan mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat di Parlimen Pulai minggu lalu.

Terdahulu, Muhyiddin dilihat memasuki bangunan berkenaan pada pukul 9.28 pagi dan meninggalkan bangunan berkenaan pada pukul 10.25 pagi.

Advertisements

Muhyiddin hanya tersenyum dan mengangkat tangan isyarat bagus namun tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung sesi rakaman keterangan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan rakaman kenyataan berkenaan telah selesai dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru pada 2 September lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa ‘haram memberikan undi kepada Suhaizan’. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan