31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Tuduhan rosak palang terhadap Awal Ashaari ditarik balik

Mesti Baca

PELAKON dan pengacara popular, Awal Ashaari bersyukur apabila pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara tahun lalu ditarik balik.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini selepas semua pertuduhan terhadapnya ditarik balik oleh pengadu.

Meluahkan rasa syukur, Awal berkata, selepas hampir setahun kes terbabit berlangsung, ia akhirnya menemui titik noktah.

“Alhamdulillah, hari yang baik buat kami semua. Selepas sekian lama, kes saya selesai kerana pertuduhan terhadap saya ditarik balik di mahkamah pagi ini.

“Terima kasih kepada semua, semoga Allah merahmati kita semua,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya, hari ini.

Awal turut merakamkan rasa terima kasih kepada peguamnya, Datuk M Reza Hassan kerana sentiasa memberikan khidmat bantuan terbaik.

“Kepada Datuk Reza Hassan terima kasih kerana sentiasa ada di belakang saya,” katanya.

Pada 17 Mei tahun lalu, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan terbabit.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.30 pagi, 16 April tahun lalu dengan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM600.

Pengacara itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -Edisi 9

Terkini

Lima lelaki jadi ‘orang tengah’ minta rasuah direman 6 hari

LIMA lelaki yang bertindak sebagai 'orang tengah' meminta rasuah bagi selesaikan kes pemandu mabuk direman selama enam hari. Perintah...

Lagi Artikel Berkaitan