27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 24, 2023

KLN sahkan seorang rakyat Malaysia ditahan di Norway

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia ditahan di Norway kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan.

KLN menerusi kenyataan memaklumkan, pihak kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Oslo, Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya sekiranya diperlukan,”menurut kenyataan itu.

Terdahulu memetik The Nordic Page, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan Jumaat lalu selepas dipercayai terlibat dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk penyadapan wayar (wiretapping).

Suspek ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway – PST yang bertanggungjawab mencegah aktiviti pengintipan di negara itu. – Edisi 9

Terkini

Kes bunuh: Polis buru dua suspek warga Sri Lanka

POLIS memburu dua suspek lelaki warga Sri Lanka kerana disyaki terlibat kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah...

Lagi Artikel Berkaitan