28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

KLN perluas bantuan kepada rakyat Malaysia ditimpa musibah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negeri (KLN) akan memperluaskan pemberian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Malaysia yang ditimpa musibah atau terkandas di luar negara.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia susulan keputusan kerajaan yang menyediakan peruntukan besar sebanyak RM10 juta yang julung kali disediakan di bawah Kumpulan Wang Amanah Rakyat Malaysia Luar Negara sepertimana diumumkan Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2024 semalam.

Menurut kenyataan itu, bantuan kemanusiaan tersebut termasuk membela nasib rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan dan kes-kes kebajikan lain di luar negara.

“KLN juga bertekad untuk terus mengukuhkan penyampaian perkhidmatan konsular kepada rakyat Malaysia.

“Termasuk dengan meningkatkan penggunaan aplikasi digital dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta memperluaskan pemberian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Malaysia yang ditimpa musibah atau terkandas di luar negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam, KPN telah diperuntukkan sebanyak RM1,126,598,900 untuk tahun depan, berbanding RM971,134,100 tahun ini.

Kementerian itu berkata, jumlah belanjawan yang diberikan kepada KLN membolehkan mereka meningkatkan usaha mempromosikan keamanan serantau, mengangkat isu antarabangsa yang berkepentingan dan memperluaskan peranan serta pengaruh Malaysia di platform antarabangsa.

Katanya, peruntukan itu juga akan dimanfaatkan bagi menaik taraf infrastruktur di Kementerian Luar dan perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara, menambah baik kebajikan penjawat awam dan memperkasakan modal insan kementerian.

“KLN merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas peruntukan yang disalurkan.

“Sokongan padu kerajaan turut membolehkan KLN memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam sektor ekonomi dan pembangunan negara yang sekaligus mampu mengembalikan imej cemerlang Malaysia di mata dunia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan