27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Menteri-menteri tak minat ikuti Belanjawan 2024 – Hishamuddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI-menteri di bawah Kerajaan Perpaduan dilihat mengambil sikap sambil lewa dan menunjukkan sikap tidak berminat dengan Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hal itu membimbangkan kerana mereka sebagai ahli Parlimen memikul tugas dan harapan yang besar daripada rakyat.

“Saya secara peribadi pun merasakan sukar untuk mengenal pasti apa key take away yang utama daripada Belanjawan 2024 yang dibentangkan.

“Menteri-menteri pun kelihatan tak minat dan mereka daripada kehadiran di dalam dewan ini pun memberikan cerminan seolah-olah tidak peduli untuk mendengar perbahasan Belanjawan 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Kerajaan memperuntukan sebanyak RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 yang merupakan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan di negara ini.

Daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Hishammuddin berkata, tujuan beliau menyatakan sedemikian bukan dengan niat untuk memburukkan sesiapa namun sekadar ingin mengingatkan kembali tanggungjawab pemimpin negara.

“Saya di sini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi memberi pandangan supaya kerajaan mesti dilihat sebagai pihak yang mampu memberikan harapan dan sandaran kepada rakyat.

“Letakkan diri di tempat mereka, rasai kesusahan mereka, fikirkan kebimbangan mereka. Bukan sekadar formula semata-mata, insya-Allah tindakan itu akan seiring dengan apa yang diperlukan dan diharapkan oleh rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan