Monday, July 20, 2026

Apa lagi tunggu, tarik sajalah sokongan – Dr Akmal

Ketua UMNO Bahagian Merlimau itu menggesa semua perwakilan yang menghadiri Persidangan Agung UMNO (PAU) bulan depan agar menyuarakan nada serupa.

Mesti Baca

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak rayuan Datuk Seri Najib Razak menggoncang emosi Pemuda UMNO terhadap kerajaan.

Menambahkan ‘panas’ apabila hantaran Ahli Parlimen DAP, Yeo Bee Yin secara sinis menyambut keputusan mahkamah itu dengan kata-kata: “Another reason to celebrate this year end!” (Satu lagi alasan untuk raikan  berakhirnya tahun ini).

Berang dengan hantaran berbaur perli itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh menggesa parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan.

“Apa lagi yang perlu kita tunggu? Tarik sajalah sokongan daripada kerajaan ini.

“Biar kita jadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina dari puak-puak bebal ini!,” katanya menerusi hantaran dalam media sosialnya hari ini.

Pada masa yang sama Ketua UMNO Bahagian Merlimau itu menggesa semua perwakilan yang menghadiri Persidangan Agung UMNO (PAU) bulan depan agar menyuarakan nada serupa.

Tegas beliau, mereka bukan sahaja perlu senada tetapi berani membawa suara rakyat dan akar umbi orang Melayu di bawah.

“Biar PAU kali ini sekali lagi digegarkan dengan menjadi medan suara keramat orang Melayu! Jangan takut,jangan gentar!,” katanya.

Kepada Bee Yin, Dr Akmal berpesan bahawa satu lagi alasan untuk beliau meraikan bagi tahun ini adalah apabila parti DAP ditolak secara total di Sabah.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri itu untuk melaksanakan Titah Adendum supaya menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan