Tuesday, July 21, 2026

Hormati keputusan mahkamah, jaga sensitiviti – Anwar

Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa. 

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar menghormati keputusan mahkamah berhubung Titah Adendum dan pada masa sama menjaga sensitiviti agar tidak mengeruhkan keadaan

Menurut Perdana Menteri, atas prinsip kedaulatan undang-undang, semua pihak wajar menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim.

Tegas beliau, ini termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada.

Perdana Menteri menegaskan, Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa. 

Beliau berkata, badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar. 

“Atas prinsip inilah saya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar menangani isu tersebut dengan penuh sabar dan bijaksana. 

Beliau juga turut menegur sesetengah pihak yang tidak menzahirkan simpati kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya, agar tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif tersebut.

Semalak, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman bekas Najib untuk melaksanakan Titah Adendum supaya menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah. 

Hakim, Alice Loke Yee Ching berkata, hukuman seperti itu tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang bagi mekanisme itu dijalankan di negara ini.

Keputusan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong bekas Perdana Menteri itu.

Situasi semakin panas apabila ada beberapa pemimpin DAP yang meraikan keputusan tersebut sebagai satu berita yang mengembirakan sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemimpin UMNO di semua peringkat.

Lantaran itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menerima desakan akar umbi agar menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan