32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tiga maut, seorang parah nahas dua kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Serendah Golf Resort, Jalan Kuala Kubu Bharu Rawang-Bukit Beruntung, hari ini.

Mangsa yang maut dikenali Rosihat Lemon 68, yang beralamat Jalan Semarak 2, Batang Kali, sementara Chan Kwaii Hong 62 dan Soo Yoke Siew 53, masing-masing beralamat Persiaran Meranti Utara, Serendah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 pagi berhubung kejadian yang berlaku.

“Seramai 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan bantuan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisements

“Setiba dilokasi, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Toyota Avanza dan Perodua Axia. 

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

“Seorang lelaki dipercayai memandu Toyota Avanza maut manakala wanita dalam kenderaan itu parah serta dua mangsa dalam Perodua Axia disahkan meninggal dunia. 

“Mangsa yang parah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk proses bedah siasat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan