Tuesday, July 21, 2026

Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh sungai ketika memancing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui terdampar di tepi pantai selepas dipercayai lemas setelah terjatuh ketika memancing di Sungai Lurus, Senggarang, Rengit, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.47 petang.

“Bertindak atas maklumat, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan tujuh anggota bomba dari BBP Rengit dihantar ke lokasi kejadian.

“Setiba pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki telah terjatuh ke laut.

“Sebelum kejadian berlaku, mangsa dipercayai memancing di kawasan jambatan terapung di kawasan tersebut.

“Mangsa kemudiannya ditemui terdampar di tepi pantai oleh orang awam pada jam 9.15 malam iaitu pada jarak sekitar 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan