Tuesday, July 21, 2026

Pemandu lori cedera, rempuh traktor baiki jalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki cedera selepas lori muatan roti yang dipandunya merempuh sebuah traktor membaiki jalan di Pandan Indah, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar  5.17 pagi.

“Bertindak atas maklumat itu sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

“Setiba di lokasi, pemeriksaan mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan yang membawa muatan roti.

“Lori yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah traktor yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan jalan raya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit.

Tambah beliau, ekoran perlanggaran itu, pemandu lori berkenaan telah tersepit di bahagian kaki tempat duduk pemandu.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang didapati mengalami kecederaan ringan dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa warga tempatan berusia 29 tahun itu kemudian telah diserahkan kepada ambulans untuk rawatan lanjut,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan