27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini tentukan Agong ke-17

Mesti Baca

MAJLIS Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Ia bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan tamat pemerintahan selema lima tahun pada 30 Januari depan.

Mesyuarat tersebut dijadual bermula pada 10 pagi tadi di Istana Negara akan menyaksikan pengundian sembilan Raja-Raja Melayu bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari tahun sama.

Advertisements

Menurut Seksyen 2, Bahagian I, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.

Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.

Susunan penggiliran pertama bermula pada 1957 (bagi pelantikan Yang di-Pertuan Agong) sehingga 1994, dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, diikuti Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja Melayu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan