Sunday, July 19, 2026

Agong turut jadi mangsa penyamaran guna teknologi AI

Video berkenaan disebarkan melalui Tiktok dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan bantuan kewangan bersempena Ramadan kepada orang ramai.

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tidak terlepas daripada menjadi mangsa penyamaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara tidak bertanggungjawab.

Ia susulan terdapat pelbagai akaun video palsu TikTok yang memaparkan suara Seri Paduka Baginda melalui teknologi tersebut dikesan.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) berkata, video berkenaan disebarkan melalui Tiktok dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan bantuan kewangan bersempena Ramadan kepada orang ramai.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammers untuk tujuan penipuan di platform media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Royal Press Office menegaskan,  penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Semalam, polis Johor mendedahkan, sekurang-kurangnya 12 akaun TikTok dikesan disyaki digunakan sindiket penipuan yang menyalahgunakan teknologi AI dengan meniru wajah serta suara Exco negeri itu bagi memperdayakan orang ramai berkaitan Bantuan Kasih Johor (BKJ).

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, akaun terbabit dipercayai dikendalikan dari luar negara dan tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan kerajaan negeri.

Menurut beliau, empat akaun dikesan menggunakan wajah dan suara Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat negeri, Khairin-Nisa Ismail, manakala selebihnya mempromosikan BKJ secara tidak sah dengan tujuan mencuri maklumat peribadi. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan