26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Bot tunda, tongkang ditahan papar tanda nama mengelirukan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot tunda dan sebuah tongkang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana disyaki memaparkan tanda nama kapal mengelirukan, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, bot tunda dan tongkang itu ditahan pada jarak sekitar lima batu nautika dari Tanjung Kidurong, Bintulu antara pukul 11.30 pagi dan 3.00 petang.

Jelas beliau, pasukan operasi mendapati bot tunda itu dalam keadaan mencurigakan kerana tanda nama kapal di haluan dan di belakang kapal tidak sama.

“Hasil pemeriksaan, cat pada tanda nama kapal itu tertanggal dan ketika aset Maritim Malaysia mengiringi bot tunda yang ditahan, sebuah tongkang juga telah dikesan melakukan kesalahan yang sama.

“Tanda nama kapal amat penting kerana ia merupakan pengenalan diri kepada vesel tersebut. Oleh itu, tanda nama kapal perlu diukir secara kekal dan jelas dilihat,” katanya menerusi Facebook, semalam.

Advertisements

Mohd. Khairol Anuar berkata, bot tunda mempunyai lapan kru termasuk nakhoda berumur antara 19 hingga 48 tahun, tiga kru termasuk nakhoda warga tempatan, tiga kru lagi warga Indonesia, satu kru warga Myanmar dan satu kru warga India.

Katanya, vesel kedua pula iaitu tongkang terdapat satu kru warga tempatan dan dua kru warga Indonesia berumur dalam lingkungan 37 hingga 56 tahun.

“Hasil pemeriksaan terhadap dokumen, kesemua kru warga asing mempunyai pengenalan diri yang sah serta permit kerja daripada Jabatan Imigresen.

“Namun, kedua-dua vesel ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana cuai mengekalkan tanda nama pada kapal dan tanda nama yang ada mengelirukan,” jelasnya.

Kesemua aset yang ditahan dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk tindakan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan