Friday, June 12, 2026

Maritim Malaysia tonjol keupayaan Carilamat di Resilient Asia 2026

Antara elemen utama yang diketengahkan ialah peranan rescue swimmer sebagai pasukan pertama yang bertindak di permukaan air dan rescue diver...

Mesti Baca

KEUPAYAAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) terus menjadi tumpuan apabila mempamerkan kepakaran serta asetnya sempena Resilient Asia 2026 yang berlangsung di ibu negara bermula semalam dan akan berakhir pada 26 April.

Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati Yahya berkata, Maritim Malaysia sebagai barisan hadapan dalam menangani kecemasan di laut, telah memperlihatkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam mendepani pelbagai senario bencana maritim.

“Platform ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menunjukkan keupayaan sebenar agensi kepada umum, khususnya melibatkan operasi Carilamat yang memerlukan kepakaran, ketahanan fizikal dan tindak balas pantas,” katanya hari ini.

Jelas Salawati, antara elemen utama yang diketengahkan ialah peranan rescue swimmer sebagai pasukan pertama yang bertindak di permukaan air, diikuti rescue diver yang mengendalikan operasi di bawah permukaan air termasuk pencarian mangsa lemas dan nahas maritim di kawasan mencabar.

“Selain itu, kru udara turut dibawakan khas dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) bagi menerangkan skop operasi melalui rondaan menggunakan aset udara, sekali gus membantu mempercepatkan proses pencarian dan penyelamatan mangsa,” katanya.

Bagi melengkapkan pameran, pelbagai peralatan Carilamat yang digunakan dalam operasi sebenar turut dipamerkan, memberikan gambaran jelas kepada pengunjung mengenai keupayaan teknikal serta tahap kesiapsiagaan anggota di lapangan.

Dalam masa sama, pendekatan interaktif turut dilaksanakan bagi menarik minat pengunjung melalui aktiviti seperti Wheel of Fortune dan permainan Kahoot, yang bukan sahaja menceriakan suasana pameran, malah meningkatkan kesedaran serta pengetahuan awam mengenai aspek keselamatan maritim.

Salawati dalam pada itu turut menegaskan, keupayaan ini bukan sekadar dipamerkan, malah terbukti melalui prestasi operasi yang telah dilaksanakan Maritim Malaysia.

Untuk rekod, sepanjang tahun 2025, Maritim Malaysia telah mengendalikan 256 kes Carilamat melibatkan 1,930 mangsa, dengan 1,768 berjaya diselamatkan, manakala 127 disahkan meninggal dunia dan 35 lagi masih hilang.

Daripada statistik berkenaan, jelas mencerminkan tahap keberkesanan tinggi dalam setiap respons kecemasan di laut yang dilaksanakan Maritim Malaysia.

Bagi menyaksikan sendiri keupayaan tersebut, orang ramai dijemput hadir ke World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur bagi menyaksikan pameran Resilient Asia yang akan melabuhkan tirainya esok. — Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan