25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bekas Ahli Parlimen Sekijang meninggal dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail dilaporkan meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor, malam tadi.

Khabar pemergian Natrah, 73 disampaikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di platform X.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Terima khabar duka mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail telah kembali ke rahmatullah.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi catatan Facebook, hari ini.

Advertisements

Natrah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tunku Aminah, Johor Bahru sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada kira-kira 9.39 malam akibat barah hati tahap empat.

Sementara itu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian mengejut tersebut.

“Beliau seorang yang baik, tertib dan sentiasa gigih perjuangkan nasib rakyat. Satu kehilangan besar buat PKR serta warga Segamat,” katanya.

Jenazah Allahyarhamah dijangka di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Paya Dalam, Jalan Muar, Segamat hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan