32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mufti Perak dahului senarai 238 penerima darjah kebesaran Perak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MUFTI Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mendahului senarai 238 penerima darjah kebesaran serta pingat negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-67 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Wan Zahidi, 81, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sementara itu, Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima dikurniakan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam pada itu, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Mohd. Zaki Mahyuddin pula dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.

Advertisements

Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang juga membawa gelaran Datuk pula dikurniakan kepada seramai 13 penerima termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Salbiah Mohamed dan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Tiga atlet yang berjaya mengharumkan nama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi, Shereen Samson Vallabouy dan Muhammad Syafiq Puteh pula dikurniakan pingat PJK.

Sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-67 Sultan Perak, sebanyak lima individu menerima Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Selain itu, Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) (14); Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) (29); Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) (21); Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) (43); Pingat Pekerti Terpilih (PPT) (60); Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (33) dan Pingat Lama Perkhidmatan (PLP) (15). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan