27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

Mesti Baca

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut daripada Perikatan Nasional (PN) yang akan ditentang tiga wanita masing-masing Pang Sock Tao (Pakatan Harapan – PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia – PRM).

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baharu hari ini.

“Bagi maksud pilihan raya ini, hari mengundi awal pada 7 Mei 2024 pada Hari Selasa, manakala hari mengundi pada 11 Mei 2024, pada hari Sabtu,” kata beliau.

Calon PH, Sock Tao tiba di pusat penamaan calon sambil diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta beberapa orang menteri Kabinet.

Sementara, calon PN pula diiringi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Advertisements

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti undi sebanyak 4,119.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei manakala pengundian awal pada 7 Mei.

PRK Kuala Kubu Baharu merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

SPR, sebelum ini berkata, PRK kali ini akan menyaksikan jumlah pemilih seramai 40,226 orang yang terdiri daripada 39,362 orang pengundi biasa, 238 (tentera dan pasangan) serta 625 orang anggota polis termasuk seorang pengundi yang tidak hadir kerana berada di luar negara.

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan