Sunday, July 12, 2026

Rafizi tetap bangga biar semua calon Bersama hilang deposit

Mesti Baca

DATUK Seri Rafizi Ramli tetap berbangga dengan pencapaian kesemua 15 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) biarpun mereka tewas dan hilang deposit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Bekas Timbalan Presiden PKR yang mengambil alih parti itu berkata, walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada Bersama namun pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari itu.

Beliau berkata, berdasarkan keputusan PRN Johor semalam  menunjukkan calon-calon Bersama mendapat undian secara purata antara 3 hingga 6 peratus undi sahaja.

“Ini bermakna kesemua calon Bersama hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5 peratus.

“Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15 peratus undi,” katanya lewat malam tadi.

Dalam PRN Johor itu, Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar apabila memenangi 48 daripada 56 kerusi keseluruhan manakala lapan kerusi lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH).

Rafizi berkata, analisi awal menunjukkan wujud peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.

Beliau berkata, perlihan tersebut bukan sahaja membawa kesan kepada Bersama tetapi juga terhadap parti-parti lain yang bertanding termasuk PH, Perikatan Nasional (PN) dan MUDA.

“Di pihak Bersama, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambah baik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon Bersama dalam usia parti ini yang begitu muda,” katanya.

Bersama membawa pendekatan berbeza dalam PRN Johor apabila calon-calon yang bertanding dipilih daripada kalangan orang awam. — Edisi 9

Terkini

Antara krisis keyakinan dan harapan yang makin pudar

PILIHAN raya merupakan medan paling jujur untuk mengukur tahap keyakinan rakyat terhadap sesebuah kerajaan. Tidak kira sehebat mana naratif...

Lagi Artikel Berkaitan