26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

Mesti Baca

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, langkah itu sebagai mesej dan pengajaran yang tegas agar kita tidak mudah dipermainkan dan diperkotak-katikkan pada masa depan.

Pada masa yang sama beliau berharap Wisma Putra menggesa kedutaan Amerika Syarikat (AS) agar tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta Kerajaan Malaysia di atas ciapan pensyarah warganegaranya itu.

“Satu penjelasan yang tuntas harus diberikan oleh pihak UM (Universiti Malaya) kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya juga menggesa supaya individu ini diharamkan dari masuk ke Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, UM menerima kecaman kerana didakwa menjemput seorang ahli akademik yang didakwa pro-zionis untuk memberi ceramah di universiti tersebut.

Ahli akademik itu turut menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong perjuangan Palestin sebagai menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

Advertisements

Tindakan ahli akademik yang merupakan Profesor Politik dan Hal Ehwal Global di Universiti Portland, AS itu membuat kenyataan menerusi akaun X berhubung perkara tersebut turut mendapat kecaman netizen.

Akmal juga menggesa pihak UM memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia mengapa mereka begitu “culas” sehingga individu seperti itu terlepas dan dibenarkan memberi syarahannya.

Katanya, UM sepatutnya harus lebih teliti mengenal pasti latar belakang individu yang dijemput.

“Insiden ini telah mencemarkan nama baik UM sebagai gedung ilmu tersohor tanah air dan mencalarkan imej Malaysia dalam posisi negara terhadap Israel serta pembelaan Palestin.

“Satu penjelasan yang tuntas harus diberikan oleh pihak UM kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya juga menggesa supaya individu ini diharamkan daripada masuk ke Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan