32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pemuda UMNO kecam pihak guna institusi raja dividen politik

Mesti Baca

PEMUDA UMNO Malaysia mengecam mana-mana pihak yang menjadikan institusi Raja-raja Melayu sebagai modal untuk mereka meraih dividen politik bagi kelangsungan individu atau parti.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, institusi tersebut seharusnya dimartabatkan, dipelirhara dan dihormati.

Justeru, tegas beliau, Pemuda UMNO akan bangkit san menegur mana-mana individu atay parti yang melakukan hal sedemikian.

“Pemuda UMNO Malaysia juga menyarankan agar satu undang-undang khas digubal oleh Kerajaan dan Parlimen untuk mengawal sebarang tindakan tidak beradab malah derhaka terhadap institusi Raja-raja Melayu sejajar dengan Prinsip Rukun Negara,” katanya dalam satu kenyataan rasmk hari ini.

Akmal berkata, kenyataan yang dibuat beberapa pimpinan politik terhadap institusi raja baru-baru ini menunjukkan satu sikap yang tidak beradab dan mewujudkan prasangka terhadap institusi raja-raja.

Advertisements

Pertama, katanya, berhubung kenyataan sinis Presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang yang secara tidak langsung mengaitkan titah capan Sultan Selangor dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata.

Kedua berhubung, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mengulas titah Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Parlimen Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas, beliau menyatakan “Agong telah crossed the line”.

“Kedua-dua ahli politik ini telah membuat satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-raja Melayu,” katanya.

Akmal berkata, beliau yakin konteks yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor bertujuan untuk memastikan keharmonian, kestabilan dan kesatupaduan rakyat Malaysia terus terpelihara dan fokus diberikan sepenuhnya kepada usaha memajukan negeri dan negara.

Beliau juga yakin bahawasanya, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor amat arif dan mendapat nasihat serta pandangan yang cukup berkenaan soal perlembagaan dan tugas sebagai pemelihara Islam sebagai agama rasmi Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan