30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Gelombang ‘ungu’ riuhkan suasana di Mega Star Arena KL

Mesti Baca

KEHADIRAN peminat setia kumpulan Ungu yang rata-rata begitu sporting mengenakan tema ungu kelihatan meriah apabila dewan Mega Star Arena Kuala Lumpur dipenuhi dengan gelombang ungu.

Kemunculan vokalis Ungu, Pasha di pentas semakin menghangatkan suasana apabila masing-masing menjerit dan sangat tidak sabar mahu penyanyi itu terus membuat persembahan.

Nyata, Konsert Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur anjuran Icon Entertainment itu berjaya menghimpunkan seramai 5,000 peminat pada malam Ahad lalu.

Pastinya konsert ini sangat dinanti-nantikan oleh peminat Ungu di Malaysia, apatah lagi kumpulan berasal Indonesia itu mengembalikan nostalgia dengan mempersembahkan lagu-lagu hits mereka seperti “Cinta Dalam Hati”, “Kekasih Gelapku”, “Demi Waktu”, “Tercipta Untukmu” dan “Andai Ku Tahu”.

Dibarisi oleh Pasha(vokalis), Enda(gitar), Oncy(gitar), Makki(Bass), Rowman(dram), kumpulan itu telah memberikan persembahan yang bertenaga malah penampilan masing-masing segak bergaya mengenakan sut demi konsert berkenaan.

Tidak sekadar menyanyi, penonton yang hadir juga sangat enjoy sambil menari dan bersorak bersama apabila lagu-lagu yang selama ini menjadi kegemaran mereka dipersembahkan pada hari konsert.

Advertisements

Sebanyak 30 lagu hits telah dipersembahkan dan konsert yang bermula kira-kira jam 9 malam itu membuka tirai dengan lagu Hampa.

“Setiap kali ditawar mengadakan persembahan di sini, saya tidak pernah tolak. Apabila mengadakan persembahan sambutan yang diterima selalu hangat sejak dulu hingga kini.

“Sambutan peminat di sini tidak pernah mengecewakan buat Ungu kerana itulah kami tidak pernah menolak apa sahaja tawaran persembahan yang diberikan di sini,” kata Pasha.

Lagu lain yang turut dipersembahkan ialah Percaya Padaku, Berikan Aku cinta, Cinta Gila, Sejauh Mungkin, Saat Bahagia, Aku Bukan Pilihan Hatimu, Saat Bahagia, Aku Tahu, Seperti Yang Dulu dan Dirimu untuk segmen pertama.

Pasha turut mengenang kembali saat kemunculan lagu-lagu Malaysia di Indonesia dan mempersembahkan tribute lagu Malaysia iaitu ‘Mencari Alasan’ Exist dan ‘ Di sana menanti Di Sini Menunggu’ Ukays.

Meneruskan persembahan, Ungu turut menyanyikan lagu seperti ‘Bila Tiba, Andai Ku Tahu, Berjanjilah, Untukmu Selamanya, Hati Yang Kau Sakiti, Tercipta Untukku, Kekasih Gelapku, Demi Waktu dan banyak lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan