28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Konsert Mahalini Live In Kuala Lumpur pukau penonton

Mesti Baca

KEMUNCULANNYA dipentas meriuhkan suasana dengan sorakan dan jeritan penonton.

Bagaikan sudah dinanti oleh semua penonton yang hadir memenuhi segenap ruang di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

Bijak menguasai pentas dan berusaha berbicara menggunakan bahasa Melayu, penyanyi cantik dari seberang Mahalini Raharja berjaya memukau hampir 5 ribu penonton pada malam konsert Lovechestra Mahalini Live In Kuala Lumpur yang berlangsung malam Sabtu lalu.

Konsert yang dibawakan khas oleh jenama kosmetik popular Alha Alfa, dan dianjurkan oleh Kharisma Music itu bermula pada jam 8.30 malam.

Mahalini membuka acara pentas dengan lagu berjudul ‘Bawa Dia Kembali’.

“Harap kalian semua tidak bosan dengan saya, tahun lalu sudah datang. Tahun ini datang lagi menghiburkan kalian semua.

“Terima kasih buat semua yang hadir menyaksikan konsert saya kalian are the best,” kata penyanyi berusia 23 tahun itu.

Membawa tema ‘Lovechestra’ (love + orchestra), konsert turut diserikan dengan iringan kumpulan orkestra seramai 20 orang pemuzik profesional tempatan yang terpilih dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

Tidak ketinggalan penyanyi tempatan iaitu Aishah Retno turut naik ke pentas berduet bersama dengan Mahalini.

Advertisements

Mahalini memberikan kejutan yang memukau penonton dengan persembahan diatas buaian dan tergantung di udara dengan berlatarbelakangkan video pertunangannya bersama penyanyi Rizky Febian menerusi lagu kisah sempurna.

Ternyata, kesemua penonton yang hadir dibuai asyik oleh kemerduan suara yang dimiliki Mahalini selama hampir 2 jam dalam menyanyikan hampir 16 buah lagu kesemuanya seperti Sial, Sisa Rasa, Melawan Restu, Bohongi Hati, Kisah Sempurna dan banyak lagi.

Lebih istimewa, kehadiran Rizky pada malam konsert ternyata membuatkan penonton bersorak riuh apabila ‘Iky’ muncul di pentas menyanyikan bersama lagu-lagu duet Mahalini seperti Aku Yang Salah, Janji Kita, Satu Tuju dan juga You’re Mine.

Rizky turut mendendangkan lagu Selaras Kata dari album terbaharunya, Berona.

Meskipun mikrofon Rizky mengalami sedikit masalah teknikal, persembahan tetap diteruskan dengan baik. Kemesraan dan keserasian yang ditunjukkan Mahalini dan Rizky mendapat sorakan riuh penonton.

Dalam pada itu, Mahalini mengejutkan penonton dengan kemunculannya dari bahagian kerusi VVIP dan VIP untuk mempersembahkan lagu terakhirnya yang berjudul Sial.

Masing-masing tidak melepaskan peluang mengambil gambar, video bagi menyimpan momen indah pada malam itu.

Malam konsert juga turut menjadi malam bertuah bagi salah seorang pembeli tiket yang telah berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta, serta pemenang lainnya dengan hadiah-hadiah yang menarik. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan