27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Graduan tajaan JPA di luar negara dibenar tangguh pulang

Mesti Baca

PARA graduan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara dibenar untuk menangguhkan kepulangan mereka ke Malaysia bagi tujuan bekerja di negara terbabit.

JPA dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada graduan tajaan kerajaan menimba pengalaman dan kemahiran pekerjaan di luar negara sebelum balik berkhidmat di dalam negara.

Walau bagaimanapun, kata kenyataan itu, para graduan berkenaan tertakluk kepada ketetapan iaitu kebenaran bekerja berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pelajar tahun akhir di peringkat Ijazah Pertama dan tidak diberikan secara automatik.

Kata JPA, tempoh penangguhan yang dibenarkan untuk bekerja di luar negara adalah tidak melebihi tiga tahun.

“Pelajar tajaan pinjaman dikehendaki membayar balik nilai pinjaman secara ansuran bulanan dalam tempoh penangguhan tersebut.

Advertisements

“Tempoh bekerja di luar negara akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan di dalam perjanjian,” kata kenyataan itu hari ini.

JPA berkata, bagi pelajar tajaan pinjaman, pelarasan bayaran balik nilai pinjaman berdasarkan sektor pekerjaan dalam negara hanya dibenarkan sekali sahaja setelah pelajar pulang ke Malaysia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Katanya, permohonan boleh dibuat mulai 15 Februari 2024 melalui laman sesawang https://myself.jpa.gov.my.

“Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Soalan Lazim atau maklumat perhubungan yang disediakan di laman sesawang tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan