25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Letupan bom di Iran: PM ajak dunia bantah budaya ganas

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak dunia untuk membantah budaya ganas dan rakus demi menyelamatkan kemanusiaan sejagat.

Seruan Perdana Menteri itu dibuat susulan beberapa letupan bom di wilayah Kerman, Iran yang mengorbankan lebih 100 nyawa dan mencederakan ratusan lain yang tidak berdosa.

Pada masa yang sama, Anwar berkata, surah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu.

“Malaysia membantah dan mengecam serta mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa.

Advertisements

“Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan, sekurang-kurangnya 103 orang awam terbunuh di Iran ketika dua bom berturut-turut meletup mengenai orang ramai yang sedang berhimpun di kawasan terbuka bagi memperingati ulang tahun pembunuhan Jeneral Panglima Qasem Soleimani.

Perdana Menteri berkata, Malaysia telah mengutus ucapan takziah kepada Iran dan warganya, dan Malaysia dan menzahirkan berdukacita dan bersolidariti.

“Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan