27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

MCA cadang GST dikembalikan pada kadar 4 peratus

Mesti Baca

KERAJAAN dicadangkan mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang lebih rendah iaitu 4 peratus, bukannya memperkenalkan cukai baharu seperti yang dilaksanakan pada ketika ini.

Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low berkata GST terbukti adalah sistem percukaian yang lebih telus dan berkesan dalam mengurangkan ketirisan dan lebih adil kepada pengguna.

Low yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan PKS MCA berkata, MCA sekali lagi menekankan pandangan bahawa pelaksanaan semula GST pada kadar empat peratus adalah lebih pragmatik dan tidak mengelirukan berbanding dengan pelaksanaan cukai baharu ataupun pemansuhan subsidi bahan api dan elektrik, kerana langkah-langkah ini hanya akan menambahkan beban rakyat.

Katanya, pengenalan cukai baharu seperti Cukai Barangan Bernilai Rendah untuk menampung kekurangan yang disebabkan pemansuhan GST dikesan menyebabkan kenaikan harga barang dua kali ganda.

“Apabila GST dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pada kadar enam peratus, kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM44 bilion pada 2017.

“Jika dibandingkan dengan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018, mereka bukan sahaja memansuhkan GST dan digantikan semula dengan cukai lapuk iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), selain cukai baharu lain, kutipan hasil RM31 bilion sahaja setakat 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Low berkata, pengenalan Cukai Barangan Bernilai Rendah menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga lebih mahal.

“Secara teori, pelaksanaan SST pada kadar 10 peratus atas barangan bernilai rendah diimport iaitu barangan yang nilainya tidak melebihi RM500 dan boleh didapati melalui platform e-dagang, sepatutnya akan menyaksikan pengguna membayar tambahan 10 peratus sahaja, atau maksimum RM50.

Advertisements

“Namun begitu, didedahkan dalam laporan media menunjukkan pembeli terpaksa membayar harga lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

“Dalam laporan media terbabit, didapati bahawa harga beberapa barangan telah meningkat dua kali ganda sejak pelaksanaan cukai baharu bermula Isnin lalu.

“Diharapkan kerajaan khususnya kementerian yang berkaitan dapat menangani isu ini segera,” katanya.

Memetik laporan media berkenaan, katanya, peniaga telah menaikkan harga barangan untuk mengekalkan keuntungan ataupun menampung kos dan pinjaman perniagaan yang semakin meningkat.

“Turut dilaporkan bahawa peniaga luar negara di platform atas talian juga dijangka menaikkan harga mereka untuk menampung cukai baharu ini dan juga disebabkan kelembapan ekonomi di peringkat global.

“Diharapkan kerajaan dapat mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan melampau tinggi.

Walaupun MCA sedar bahawa kerajaan MADANI ingin meluaskan skop kutipan cukai bagi menambah pendapatan negara, namun kerajaan juga wajar cakna terhadap golongan B40 dan M40 yang akan paling terkesan akibat pelaksanaan cukai baharu ini,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan