30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

Mesti Baca

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Khairul Azhari, 54, yang juga anak kelahiran Felda Soeharto, Hulu Selangor merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah menggalas tugas sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pengumuman Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu di Bilik Gerakan Utama parti itu di Bandar Utama Batang Kali malam ini.

“Kita adakan Mesyuarat majlis tertinggi beberapa hari lepas, kita bincang mengenai calon PN dengan lebih terperinci apakah langkah strategik untuk menang di sini.

“Dengan ini saya umumkan keputusan majlis tertinggi PN calon yang bertanding di KKB adalah Khairul Azhari Saut.

“Kalau kamu nak anak tempatan inilah anak tempatan,” kata Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dalam majlis pengumuman calon tersebut.

Advertisements

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Mohd Noor, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Datuk Seri Mohd Azmin Ali.

Khairul akan berdepan Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH), yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan